BISNES SHOPEE

Pendaftaran Tingkatan Satu SABK Al-Hidayah

Pada 2 Januari 2017, adalah hari pendaftaran pelajar baharu ke Tingkatan 1 SABK Al Hidayah, Parit Abas, Kuala Kurau, Perak. Pendaftaran bermula pada pukul 9 AM hingga 12 AM.

pendaftaran tingkatan satu al-hidayah, asrama al-hidayah, asrama lelaki al-hidayah, masuk sekolah agama al-hidayah
Yuran peralatan seperti buku latihan, lencana sekolah, tali leher, baju dan seluar sukan serta lain-lain perlu dijelaskan pada hari pendaftaran. Selepas itu pendaftaran untuk tinggal di asrama. Yuran asrama juga perlu dijelaskan pada hari pendaftaran. Selepas selesai pendaftaran, pelajar akan diberikan buku latihan, buku teks, baju dan seluar sukan serta lain-lain lagi.

pendaftaran tingkatan satu al-hidayah, asrama al-hidayah, asrama lelaki al-hidayah, masuk sekolah agama al-hidayah




Seterusnya ibu bapa dan pelajar diberikan taklimat oleh guru-guru  SABK Al Hidayah tentang peraturan asrama, peraturan sekolah, displin pelajar dan banyak lagi. Selepas itu, pelajar dibawa ke asrama masing-masing. Majlis bersuarai lebih kurang pukul 12 tengahari.

Tag:
asrama al-hidayah, asrama lelaki al-hidayah, masuk sekolah agama al-hidayah, pendaftaran tingkatan satu al-hidayah

No comments:

Post a Comment