BISNES SHOPEE

Puasa Sunat Pada 9 dan 10 Muharram

Puasa Sunat Di Bulan Muharram

puasa sunat hari asyura, puasa sunat hari tasua, Puasa Sunat Pada 9 dan 10 Muharram, niat puasa sunat asyura, niat puasa sunat tasua

1. Puasa Sunat Pada 9 Muharram ( Hari Tasu'a )
Niat puasa hari kesembilan Muharam (Hari Tasu’a)  ialah:

Puasa Sunat Pada 9 dan 10 Muharram


2. Puasa Sunat Pada hari ke-10 Muharram (Hari Asyura) 
Niat puasanya ialah:


Puasa Sunat Pada 9 dan 10 Muharram, puasa sunat hari asyura, puasa sunat hari tasua


Fadhilat Puasa Muharram

Kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:

1.  Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.”  (Hadis Riwayat Imam Muslim)

2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas)

3.  Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).

4.  Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)

5.  Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.”  (Riwayat Imam Muslim) 


Sumber artikel : Klik sini 

Peristiwa Hari Asyura Selain Bubur Asyura

Baru lepas makan bubur asyura. Memang sedap bubur asyura ni. Macam-macam bahan yg dicampurkan dalam bubur asyura, ada kacang, ubi, sayur, daging, jagung, nasi dan pelbagai lagi.
Selain bubur asyura, apa lagi yang anda tahu tentang hari asyura?

hari asyura, peristiwa asyura, bubur asyura, bulan muharram, awal muharram

Berikut Ialah Peristiwa Yang Berlaku Pada Hari Asyura Yang Menunjukkan Kemuliaan Para-Para Nabi:

1. Nabi Adam (a.s):
• Dimasukkan kedalam syurga.
• Diterima taubat kesilapannya.

2. Nabi Ibrahim (a.s):
• Dilahirkan pada hari ini.
• Diselamatkan daripada kepanasan api apabila dicampakkan ke dalam api.

3. Nabi Musa (a.s):
• Selamat daripada tenggelam didasar lautan.
• Binasanya musuh Nabi Musa, Fira’un Laknatullah.

4. Nabi Isa (a.s):
• Dilahirkan pada hari ini.
• Diangkatkan ke langit.

5. Nabi Idris (a.s):
• Diangkatkan ke tempat yang tinggi (langit).

6. Nabi Nuh (a.s):
• Berlabuh bahteranya diatas bukit Judiy.

7. Nabi Sulaiman (a.s):
• Dikembalikan semula kepadanya akan kerajaannya yang besar.

8. Nabi Yunus (a.s):
• Dikeluarkan dari perut ikan nun.

9. Nabi Ya’kob (a.s):
• Dihilangkan daripadanya kesedihan dan dukacitanya.

10. Nabi Yusuf (a.s):
• Dikeluarkan daripada dasar telaga.

11. Nabi Ayub (a.s):
• Disembuhkan daripada penyakitnya.


Peristiwa Besar Lain Yang Berlaku Pada Hari Asyura:
1. Dijadikan Arasy.
2. Dijadikan Kursi.
3. Dijadikan tujuh petala langit.
4. Dijadikan tujuh petala bumi.
5. Dijadikan matahari.
6. Dijadikan bulan.
7. Diturunkan hujan yang pertama dari langit.

Semoga pemahaman ini akan mendekatkan kita kepada ALLAH. Semoga bulan Muharram ini kita akan berubah menjadi lebih baik DisisiNya. Amin

Sumber artikel: klik sini

Selamat menyambut MAAL HIJRAH 1437H

Selamat menyambut MAAL HIJRAH 1437H

Selamat menyambut MAAL HIJRAH 1437H, awal muharam 1437
 

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Selamat menyambut MAAL HIJRAH 1437H, awal muharam 1437


DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Selamat menyambut MAAL HIJRAH 1437H, awal muharam 1437
 

UPSR 2016 Bahasa Inggeris Dipecah Dua Gred


english upsr 2016, KBSR, UPSR 2016, Upsr 2016 Bahasa Inggeris Dipecah Dua Gred, upsr kssr english,

Pengenalan kertas Bahasa Inggeris (BI) Pemahaman dan BI Penulisan yang menjadikan enam kertas wajib diambil calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula pada tahun 2016 dilihat langkah penting dalam memperkasakan bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, keputusan membahagikan subjek BI kepada dua gred itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia sekadar penambahbaikan daripada UPSR sebelum ini yang memerlukan murid mengambil Kertas 1 dan Kertas 2 bagi subjek BI dengan markahnya digabungkan menjadi satu gred.

Ini bermakna bagi UPSR tahun depan, calon UPSR yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang A dalam semua subjek akan memperoleh keputusan 6A berbanding 5A sebelum ini, manakala bagi sekolah jenis kebangsaan (SJK) pula akan memperoleh 8A berbanding 7A. Format baharu UPSR yang diumumkan semalam itu mampu membantu pelajar menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik, malah memberi tempoh bersesuaian sebelum pelaksanaan wajib lulus bagi subjek BI dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sebelum ini ditangguh.

Dua kertas bahasa

Ini membuktikan kesungguhan dan keprihatinan Kementerian Pendidikan meningkatkan penguasaan murid dalam subjek bahasa, seiring dengan langkah sebelum ini yang memperkenalkan dua kertas, iaitu Pemahaman dan Penulisan bagi subjek Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Cina atau Tamil bagi pelajar di SJK ketika Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. Langkah itu bukan saja memberi peluang kepada pelajar untuk lebih bersedia apabila syarat wajib lulus BI dalam SPM diperkenalkan, bahkan memberi laluan kepada guru untuk menyediakan program lebih komprehensif bagi membantu setiap pelajar menguasai bahasa Inggeris. Format baharu UPSR yang diumumkan Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Datin Nawal Salleh, mengekalkan format UPSR sebelum ini, namun dengan beberapa penambahbaikan penting yang bakal mencorak hala tuju sistem pendidikan Malaysia.

Nawal berkata, perubahan format itu bersempena kohort pertama Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang akan menduduki UPSR bermula tahun 2016. "Pengenalan format baharu ini diharap dapat melahirkan insan yang lebih seimbang, kreatif, kritis dan inovatif. Apa yang penting, ibu bapa tidak terlalu memberi tumpuan kepada keputusan semua A semata-mata, kerana UPSR ialah untuk menilai pencapaian murid," katanya. Pengumuman itu secara tidak langsung menafikan desas-desus sebelum ini yang menyatakan format UPSR pada 2016 akan diubah membabitkan soalan subjektif sepenuhnya seperti diperkenalkan dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun 2014, selain ada menyatakan subjek Sejarah yang diperkenalkan dalam KSSR akan turut diuji pada format baharu UPSR kelak. Keputusan itu pasti membuatkan ramai ibu bapa dan guru menarik nafas lega. Pengenalan soalan subjektif sepenuhnya dikatakan tidak sesuai bagi peringkat sekolah rendah kerana dibimbangi menyebabkan murid khususnya di luar bandar gagal bersaing dengan murid di sekolah bandar yang ada lebih banyak kemudahan terutama sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta syarikat korporat.

Tambah soalan objektif

Selain pengenalan subjek BI dipecahkan kepada dua gred atau dua kertas itu, format baharu UPSR mengurangkan soalan objektif aneka pilihan, menambah soalan objektif pelbagai bentuk dan soalan berbentuk respons terhad dalam kertas Pemahaman bagi semua subjek bahasa (BM, BI, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil). Bagi kertas Penulisan semua subjek bahasa, jenis instrumen dan item dikekalkan, iaitu ujian subjektif membabitkan respons terbuka, iaitu soalan menilai kefahaman pelajar memberi jawapan secara rasional dengan maklumat bersesuaian.

Bagi memudahkan kefahaman masyarakat, kertas Penulisan dalam kata mudah ialah penyoalan berbentuk karangan yang menguji kemahiran aplikasi bahasa, maklumat dan kreativiti, manakala kertas Pemahaman akan menilai pengetahuan dan kefahaman sistem bahasa seperti tatabahasa. Kertas Sains dan Matematik masih membabitkan dua kertas yang markahnya digabungkan, iaitu Kertas 1 dengan 40 soalan berbentuk objektif aneka pilihan yang membawa 40 markah dan Kertas 2 membabitkan soalan berbentuk objektif pelbagai bentuk serta respons terhad (Sains 8 soalan dan Matematik 15 soalan). Antara contoh soalan pelbagai bentuk ialah suai padan, salah atau betul, ya atau tidak dan isi tempat kosong, manakala respons terhad ialah penyoalan subjektif membabitkan jawapan tetap/fakta (untuk maklumat lanjut, sisipan Didik yang disiarkan dalam BH setiap Isnin menyediakan latihan berkenaan). Bagaimanapun, calon UPSR pada tahun 2016 sudah didedahkan dengan bentuk soalan yang dinyatakan sejak tahun 2011 ketika kohort pertama KSSR dilaksanakan.


Sumber berita: Klik sini

Jadual Terkini Peperiksaan UPKK 2015

Berikut ialah jadual waktu terkini peperiksaan UPKK 2015 yang ditangguhkan akibat jerebu.


jadual peperiksaan upkk 2015 terkini
( klik utk besarkan )

Kepada rakan-rakan yang mengambil peperiksaan UPKK, diucapkan selamat maju jaya. Semoga Allah permudahkan kita menjawab soalan.

Peperiksaan UPKK Aqidah, Sirah Dan Jawi Ditangguhkan Akibat Jerebu

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menangguhkan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) kepada 207,343 orang calon yang dijadualkan bermula 5 dan 6 Oktober ini berikutan pengumuman Kementerian Pendidikan yang meminta semua sekolah ditutup kecuali di beberapa negeri berikutan keadaan semasa jerebu.

Tags: peperiksaan upkk ditangguhkan, exam upkk ditunda, upsra ditangguhkan

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPKK 2015

Minggu depan akan ada peperiksaan UPKK bagi murid tahun 5. Peperiksaan UPKK dijalankan selama 4 hari bermula hari isnin 5 oktober hingga 8 oktober 2015. Berikut ialah jadual waktu peperiksaan UPKK tahun 2015.

peperiksaan upkk, exam upkk, jadual peperiksaan upkk 2015

Kepada mereka yang terlibat dalam peperiksaan UPKK 2015, diucapkan semoga berjaya dengan cemerlang.

jadual waktu peperiksaan upkk 2015, exam upkk,




Semoga ALLAH permudahkan kami menjawab soalan UPKK.