BISNES SHOPEE

Ujian Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Agama

Ujian kemasukan ke tingkatan 1 sesi 2017.

Tarikh : 12 Disember 2016

Tempat : SABK Al-Hidayah, Parit Abas, Kuala Kurau, Perak.

Masa : 8 AM ~ 11 AM

ujian kemasukkan ke tingkatan satu, ujian temuduga tingkatan satu, soalan ujian ke tingkatan 1, contoh soalan ke asrama penuh, contoh soalan ke sekolah agama
ujian kemasukkan ke tingkatan satu, ujian temuduga tingkatan satu, soalan ujian ke tingkatan 1, contoh soalan ke asrama penuh, contoh soalan ke sekolah agama

Untuk memasuki ke tingkatan satu, calon perlu hadir ke sesi ujian bertulis dan ujian lisan.

Ujian Bertulis

Bahagian A
-soalan objektif

Bahagian B
-soalan isi tempat kosong

Soalan yang ditanya adalah Bahasa Arab, Al Quran dan Jawi. Kebanyakkan soalan yg ditanya ada dlm UPKK. Jadi calon yg bagus dlm UPKK sudah tentu dapat menjawab.

ujian kemasukkan ke tingkatan satu, ujian temuduga tingkatan satu, soalan ujian ke tingkatan 1, contoh soalan ke asrama penuh, contoh soalan ke sekolah agama

Ujin Lisan

-calon diberikan kertas dan disuruh membaca apa yg ada dikertas tersebut. Tumpuan diberikan kepada calon yg fasih membaca Al-Quran dan lancar membaca tulisan Jawi.

ujian kemasukkan ke tingkatan satu, ujian temuduga tingkatan satu, soalan ujian ke tingkatan 1, contoh soalan ke asrama penuh, contoh soalan ke sekolah agama
( calon diminta membaca tulisan jawi dan Al-Quran )

Keputusan akan dapat diketahui dalam tempoh 2 minggu. Calon yg berjaya akan dihubungi oleh pihak sekolah.


Tag:
ujian kemasukan ke tingkatan satu, ujian temuduga tingkatan satu, soalan ujian ke tingkatan 1, contoh soalan ke asrama penuh, contoh soalan ke sekolah agama, Ujian Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Agama




Mintalah Bantuan Allah Dengan Cara Sabar Dan Solat


Mintalah Bantuan Allah Dengan Cara Sabar Dan Solat,mohon pertolongan dengan sabar dan solat, orang yang khusyuk, solat khusyuk
Allah berfirman:

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلا عَلَى الْخَاشِعِينَ ,الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang  khusyu’ , (iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya" (Al-Baqarah 2:45-46)

Maksud Keseluruhan

Dalam tafsir Ibnu Kathir beliau mengatakan:

يقول تعالى آمرًا عبيده ، فيما يؤمّلون من خير الدنيا والآخرة ، بالاستعانة بالصبر والصلاة

"Allah subhanahu wata'ala memerintahkan hamba-hamba Nya untuk meraih kebaikan di dunia dan akhirat yang mereka harapkan, dengan cara menjadikan kesabaran dan solat sebagai penolong."

Muqatil bin Hayyan dalam tafsirnya tentang ayat ini, beliau mengatakan:

استعينوا على طلب الآخرة بالصبر على الفرائض ، والصلاة

"Hendaklah kalian mengejar kehidupan akhirat dengan cara menjadikan kesabaran dalam mengerjakan berbagai kewajipan dan menjadikan solat sebagai penolong"

Sabar adalah Puasa

Menurut Mujahid, yang dimaksudkan kesabaran itu adalah shiyam (puasa)

Al-Qurthubi dan selainnya pula mengatakan:

ولهذا سمي رمضان شهر الصبر كما نطق به الحديث

"Oleh kerana itulah bulan Ramadhan disebut bulan kesabaran" (Al-Qurthubi 1/372), sebagaimana pernah disebut dalam hadis.

Sabar ialah Menahan Diri dari Perbuatan Maksiat

Ibnu Kathir juga mengatakan:

وقيل : المراد بالصبر الكف عن المعاصي ؛ ولهذا قرنه بأداء العبادات وأعلاها : فعل الصلاة

"Dan dikatakan pula bahawa: yang dimaksud dengan Sabar dalam ayat tersebut adalah menahan dari dari perbuatan maksiat, kerana disebutkan bersama dengan pelaksaan pelbagai macam ibadah, dan yang paling utama adalah ibadah Solat."

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari 'Umar bin al-Khattab radiyallahu anhu ia berkata:

الصبر صبران : صبر عند المصيبة حسن ، وأحسن منه الصبر عن محارم الله

"Sabar itu ada dua, sabar ketika menghadapi musibah, itu adalah baik, dan lebih baik lagi adalah sabar dalam menahan diri dari perkara yang diharamkan oleh Allah"

Ibnu Abi Hatim juga berkata, "Hal yang senada dengan 'Umar ini diriwayatkan dari Hasan AL-Basri" (Ibnu Abi Hatim I/155)

Solat Menolong Seseorang Mendapatkan Kekuatan dari Berbuat Maksiat

Ibnu Kathir menyebut bahawa Firman Allah "وَالصَّلاةِ" dengan berkata:

فإن الصلاة من أكبر العون على الثبات في الأمر ، كما قال تعالى : { اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ } الآية العنكبوت : 45

"Sesungguhnya solat termasuk perkara besar yang menolong seseorang untuk mendapatkan ketetapan dalam suatu perkara, sebagaimana Firman Allah: Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Al-Ankabuut 29:45)

Ibnu Kathir berkata:

والضمير في قوله : { وَإِنَّهَا } عائد إلى الصلاة ، نص عليه مجاهد ، واختاره ابن جرير

"Dan dhamir (kata ganti) dalam Firman Allah "وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ" kembali kepada kata Solat. Pendapat dari dari Mujahid dan ia dipilih oleh Ibnu Jarir"

Namun Dhamir itu boleh juga kembali kepada ayat tersebut, iaitu wasiat untuk melakukan hal tersebut. Sebagaimana firman Allah tentang kisah Qarun:

وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلا يُلَقَّاهَا إِلا الصَّابِرُونَ

"Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang-orang yang sabar" (Al-Qashah 28:80)

Dan juga firman-Nya:

وَلا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ * وَمَا يُلَقَّاهَا إِلا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ

"Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar." (Fussilat 41:34-35)

Maka walau bagaimanapun, firman Allah "وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ" beerti beban yang sangat berat, "إِلا عَلَى الْخَاشِعِينَ" kecuali kepada orang-orang yang khusyu'. Ibnu Abi Thalhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, ia mengatakan:

يعني المصدّقين بما أنزل الله

"Iaitu orang-orang yang membenarkan apa yang diturunkan oleh Allah"

Tentang ayat seterusnya iaitu "الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ" ((iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya) beliau berkata:

هذا من تمام الكلام الذي قبله ، أي : وإن الصلاة أو الوَصَاة لثقيلة

"Ayat ini menyempurnakan kandungan ayat sebelumnya, iaitu solat atau wasiat itu merupakan beban yang berat" kecuali kepada...

Definisi Orang Yang Khusyu'

Ibnu Kathir berkata pada ayat ini: "إِلا عَلَى الْخَاشِعِينَ ,الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلاقُو رَبِّهِمْ" dengan berkata:

يعلمون أنهم محشورون إليه يوم القيامة ، معروضون عليه

"Iaitu mengetahui bahawa mereka akan dikumpulkan kepada-Nya pada hari Kiamat dan dikembalikan kepada-Nya"

Definisi Dikembalikan Kepada-Nya

Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini: "وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ", beliau berkata:

أمورهم راجعة إلى مشيئته ، يحكم فيها ما يشاء بعدله ، فلهذا لما أيقنوا بالمعاد والجزاء سَهُل عليهم فعلُ الطاعات وترك المنكرات

"Iaitu semua urusan mereka kembali kepada Masyi-ah (kehendak) Allah. Dia memutuskan segala persoalan sesuai dengan kehendak dan keadilan-Nya. Kerana mereka meyakini adanya hari kembali dan pemberian pahala, maka terasa ringan bagi mereka dalam melaksanakan keta'atan dan meninggalkan kemungkaran"

Mengapa Digunakan Zhon (Sangkaan)?

Pada ayat "يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلاقُو رَبِّهِمْ" ((iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Rabb mereka), Ibnu Jarir mengatakan:

 العرب قد تسمي اليقين ظنا ، والشك ظنًا ، نظير تسميتهم الظلمة سُدْفة ، والضياء سُدفة ، والمغيث صارخا ، والمستغيث صارخًا ، وما أشبه ذلك من الأسماء التي يسمى بها الشيء وضدّه

"Masyarakat arab terkadang menyebut yakin dengan sebutan zhon (sangkaan). Keraguan (syak) adalah zhon. Seperti perkataan mereka, "zhulmah" (kegelapan) dan "dhiya" (cahaya), diganti dengan kata yang sama iaitu "Shudfah". Juga perkataan "al-Mughiits" dan "al-mustaghiits" dengan sebutan "Sharikh". Dan perkataan lain yang sebutannya sama dengan lawannya"

Seperti juga didalam Firman Allah:

وَرَأَى الْمُجْرِمُونَ النَّارَ فَظَنُّوا أَنَّهُمْ مُوَاقِعُوهَا

"Dan orang-orang yang berdosa melihat neraka, maka mereka meyakini, bahwa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak menemukan tempat berpaling dari padanya" (Al-Kahfi 18:53)

Didalam Sahih Muslim, dari Abu Hurairah, Rasulullah shallalahu 'alaihi wa sallam bersabda:

فَيَلْقَى الْعَبْدَ فَيَقُولُ أَيْ فُلْ أَلَمْ أُكْرِمْكَ وَأُسَوِّدْكَ وَأُزَوِّجْكَ وَأُسَخِّرْ لَكَ الْخَيْلَ وَالْإِبِلَ وَأَذَرْكَ تَرْأَسُ وَتَرْبَعُ فَيَقُولُ بَلَى قَالَ فَيَقُولُ أَفَظَنَنْتَ أَنَّكَ مُلَاقِيَّ فَيَقُولُ لَا فَيَقُولُ فَإِنِّي أَنْسَاكَ كَمَا نَسِيتَنِي ثُمَّ يَلْقَى الثَّانِيَ فَيَقُولُ أَيْ فُلْ أَلَمْ أُكْرِمْكَ وَأُسَوِّدْكَ وَأُزَوِّجْكَ وَأُسَخِّرْ لَكَ الْخَيْلَ وَالْإِبِلَ وَأَذَرْكَ تَرْأَسُ وَتَرْبَعُ فَيَقُولُ بَلَى أَيْ رَبِّ فَيَقُولُ أَفَظَنَنْتَ أَنَّكَ مُلَاقِيَّ فَيَقُولُ لَا فَيَقُولُ فَإِنِّي أَنْسَاكَ كَمَا نَسِيتَنِي ثُمَّ يَلْقَى الثَّالِثَ فَيَقُولُ لَهُ مِثْلَ ذَلِكَ فَيَقُولُ يَا رَبِّ آمَنْتُ بِكَ وَبِكِتَابِكَ وَبِرُسُلِكَ وَصَلَّيْتُ وَصُمْتُ وَتَصَدَّقْتُ وَيُثْنِي بِخَيْرٍ مَا اسْتَطَاعَ فَيَقُولُ هَاهُنَا إِذًا قَالَ ثُمَّ يُقَالُ لَهُ الْآنَ نَبْعَثُ شَاهِدَنَا عَلَيْكَ وَيَتَفَكَّرُ فِي نَفْسِهِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْهَدُ عَلَيَّ فَيُخْتَمُ عَلَى فِيهِ وَيُقَالُ لِفَخِذِهِ وَلَحْمِهِ وَعِظَامِهِ انْطِقِي فَتَنْطِقُ فَخِذُهُ وَلَحْمُهُ وَعِظَامُهُ بِعَمَلِهِ وَذَلِكَ لِيُعْذِرَ مِنْ نَفْسِهِ وَذَلِكَ الْمُنَافِقُ وَذَلِكَ الَّذِي يَسْخَطُ اللَّهُ عَلَيْهِ

 "Lalu Allah menemui hambaNya dan berkata : “Wahai Fulan! Bukankah Aku telah memuliakanmu, menjadikan engkau sebagai pemimpin, menikahkanmu dan menundukkan untukmu kuda dan unta, serta memudahkanmu memimpin dan memiliki harta banyak?" Maka ia menjawab: “Benar”. Allah berkata lagi: “Apakah engkau telah meyakini akan menjumpaiKu?” Maka ia menjawab: “Tidak,” maka Allah berfirman : “Aku biarkan engkau sebagaimana engkau telah melupakanKu”. Kemudian (Allah) menemui orang yang ketiga dan menyampaikan seperti yang disampaikan di atas. Lalu ia (orang itu) menjawab: "Wahai Rabbku! Aku telah beriman kepadaMu, kepada kitab suciMu dan rasul-rasul Mu. Juga aku telah solat, bersedekah," dan ia memuji dengan kebaikan semampunya. Allah menjawab: "Kalau begitu, sekarang (pembuktiannya)," kemudian dikatakan kepadanya: "Sekarang Kami akan membawa para saksi atasmu," dan orang tersebut berfikir siapa yang akan bersaksi atasku. Lalu mulutnya dikunci dan dikatakan kepada paha, daging dan tulangnya: "Bicaralah!" Lalu paha, daging dan tulangnya bercerita tentang amalannya, dan itu untuk menghilangkan udzur dari dirinya. Itulah nasib munafik dan orang yang Allah murkai." [HR Muslim].

 (Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quranul 'Azhim, Jilid 1 m/s 238-241)


Sumber : Klik sini

Download Ceramah Agama MP3 Dr. Danial Zainal Abidin


download ceramah Dr Danial Zainal Abidin, mp3 Dr Danial Zainal Abidin, muat turun koleksi ceramah agama Dr Danial Zainal Abidin,

Dr.Danial Zainal Abidin - Tafsir Surah Al-Baqarah ayat 120-121
Orang-orang yahudi dan Nasani tidak akan reda dengan islam 19.4.2015


Dr. Danial zainal Abidin -Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 122-124 -
perihal bani israil dan nabi ibrahim 26.4.2015


Dr.Danial Zainal Abidin - Tafsir Surah Al Baqarah Ayat 124-126 [10.5.2015]

Dr. Danial Zainal Abidin - Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 127-130 [17.5.2015]
 
 
Tags:
Download Ceramah Agama MP3 Dr. Danial Zainal Abidin, download ceramah Dr Danial Zainal Abidin, mp3 Dr Danial Zainal Abidin, muat turun koleksi ceramah agama Dr Danial Zainal Abidin

Peristiwa Penting Bulan Rejab


PERISTIWA PENTING BULAN REJAB

amalan rejab, kebaikkan rejab, Peristiwa Penting Bulan Rejab, puasa rejab, sirah rejab,

1. Hijrah Pertama Dalam Islam
Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

2. Israk dan Mikraj
Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

Peristiwa Yang Berlaku Sebelum dan  Semasa Perjalanan Israk Rasulullah S.A.W

1. Didatangi malaikat Jibril.
2. Hati Rasulullah disuci.
3. Menunggang Buraq.
4. Bertembung dengan  jin Afrit.
5. Berjumpa kaum berhuma dan mengetam pada hari yang sama ( satu kebajikan dibalas dengan 700 kali ganda atau lebih banyak lagi ).
6.Tercium bau harum. ( Bau Masitah yakni penyikat rambut anak Firaun yang berani mempertahankan aqidahnya )
7. Kaum yang memecahkan kepala ( Umat yang memberatkan kepala mereka untuk menunaikan atau beribadat kepada Allah )
8. Kaum yang memakan  zakum ( batu dan bara api Neraka jahanam). Balasan untuk mereka yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
9. Kaum yang memakan daging mentah. Isteri atau suami yang mempunyai suami atau isteri yang halal tetapi mereka mendatangi lelaki atau perempuan ( pelacur) untuk melakukan zina
10. Duri di jalan. Perumpamaan kaum yang duduk di tepi-tepi jalan (lepak0 dan mengintai-gintai otrang yang lalu di jalan tersebut bertujuan menganggu dan sebagainya.
11.  Berenang dalam lautan darah sambil dilontarkan batu ke mulutnya.  Perumpamaan umat yang memakan riba.
12. Menghimpun bebrapa berkas kayu yang dia tidak terdaya memikulnya tetapi semakin ditambah pula kayu teersebut. Perumpamaan seorang yang memegang amanah tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya tetapi masih juga dia hendak menerima amanah lain.
13. Kaum yang menggunting lidah dan bibir mereka. Inilah diumpamakan seseorang manusia yang mengajar dan mereka tidak membuat apa yang mereka ajarkan.
14. Kaum yang menggaru muka dengan kuku tembaga.  Perumpamaan mereka makan daging saudaranya dengan mengumpat serta menjatuhkan maruah orang lain.
15.  Lembu keluar dari lubang sempit kemudian cuba masuk semula tapi tidak berjaya. Perumpamaan seseorang yang memperkatakan perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah, kemudia dia meyesali atas perbuatannya itu tetapi dia tidak mampu untuk menyesalinya.
16.  Rasulullah ditegur oleh pihak kanan ( Yahudi) dan kiri (Nasrani). Rasulullah tidak menjawab teguran tersebut. Sekiranya beliau menjawab nescaya ramailah umatnya yang akan menjadi pengikut Yahudi dan Nasrani.
17. Rasulullah diseru oleh perempuan yang memakai perhiasan yang cantik. Rasulullah tiada menjawab seruan itu.  Jika ia menjawab maka ramailah umatnya yang lebih mementingkan dunia dari Akhirat.
18. Rasulullah diseru perempuan berhias serta seorang tua. Kiasan / perumpamaan umur dunia
19. Rasulullah imam segala para nabi serta mursalin semasa solat di Baitul Maqdis
20. Rasulullah terasa dahaga. Jibrail membawa 3 jenis minuman iaitu susu, arak dan madu. Rasulullah memilih susu.  Maka Jibril membenarkan pilihan Rasulullah S.A.W. sambil berkata, " Sesungguhnya engkau telah memilih asal kejadian dan jika engkau meminum arak, nescaya umat engkau akan ramai yang sesat dan tiada yang beriman melainkan jumlah yang sedikit.
21. Rasulullah di datangi bidadari dari Syurga.

Peristiwa Yang Berlaku Semasa Perjalanan Mikraj Rasulullah S.A.W

1. Rasulullah menaiki langit pertama- berjumpa dengan nabi Adam A.S
2. Rasulullah menaiki langit yang kedua - bertemu nabi Isa dan nabi Yahya.
3. Rasulullah menaiki langit yang ketiga - bertemu nabi Yusuf.
4. Rasulullah menaiki langit yang keempat -  bertemu nabi Idris.
5. Rasulullah menaiki langit yang kelima - bertemu nabi Harun.
6. Rasulullah menaiki langit yang keenam - bertemu nabi Musa.
7. Rasulullah menaiki langit yang ketujuh - bertemu nabi Ibrahim.
8. Bertemu kaum yang mandi di sungai.
9. Memasuki Baitul Makmur.
10. Pokok dan sungai di syurga.
11. Melihat rupa Jibril yang sebenar.
12.  Memasuki syurga. Terdapat 8 jenis Syurga  ( Jannatul Firdaus, Jannatul Adnan, Jannatul Khuld, Jannatun Naim, Jannatul Makwa, Jannatul Makwa, Jannatus Salam, Jannatul Jalal, Janatul Maqamu Wal Qarar.)
13. Kelebihan orang memberi hutang. Pintu Syurga tertulis: "SEDEKAH ITU ADALAH 10 KALI GANDA DAN MEMBERI HUTANG ITU 18 KALI GANDA."
14. Melihat Telaga Al-Kausar.
15. Diperlihatkan kepada Rasulullah keadaan  Neraka. Terdapat 7 jenis neraka iaitu (Neraka Jahanam, Neraka Lazha, Neraka Khutamah, Neraka Saeir, Neraka Saqar, Neraka Jahim, Neraka Hawiyah.)
16. Berpisah dengan Jibril untuk ke Sidratul Muntaha.
17. Perjalanan untuk bertemu Allah diperdengarkan suara malaikat menyerupai suara Abu Bakar.
18. Menemui Allah Rabbul Jalil.
19. Berdailog dengan nabi Musa.
20. Berulang-alik antara nabi Musa dengan Allah.
21. Allah memfardukan lima waktu solat.
22. Turun semula ke bumi.
23. Meninggalkan Baitul Maqdis.

3. Peperangan Tabuk
Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis
Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya  ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembal tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.

Hadith- Hadith berkaitan Bulan Rejab
Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadith-hadith Sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.

Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.

Antara Hadis yang menjelaskan kelebihan Bulan Rejab

1. Sabda Nabi S.A.W: hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Sabda Nabi S.A.W: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul -Qadarnya.
4. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi ( Firdaus) . Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka  ( panjangnya setahun perjalanan).
6. Malam awal Rejab mustajab doanya ( adalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi).
7. Puasa empat hari pada bulan Rejab diafi'atkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal di hari Qiamat.
8. Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab keluar daripada kubur bercahaya mukanya.
9.  Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka.
10. Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka lapan pintu syurga.
11. Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru: tidak ditolak dia masuk ke syurga.
12. Puasa sepuluh hari pada bulan Rejab Allah jadikan bagi hamparan perhentian di titi sirotolmustaqim pada tiap-tiap batu.
13. Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam Syurga, dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
14. Puasa sembilan belas hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai di hadapan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
15. Puasa dua puluh hari pada bulanRejab diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
16. Berkata Saidina Ali:

     Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
     Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
     Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.


17. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala qalam.
18. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga.
19. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat diatas titi Sirotolmustaqim di hari kiamat.
20. Puasa sahari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya
Berseru dari langit :
Gembiralah  kamu   dengan   kemuliaan  yang  besar :  dan diminumkan   dia  ketika  hendak  mati.  Mati  dengan   puasa, masuk kubur dengan puasa, keluar kubur dengan puasa, dan masuk syurga dengan puasa (Al-Hadis), lepas dari azab  kubur (Al-Hadis) - (berpuasa  pada  siang  hari  dan  beribadat  pada malamnya).
21. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), dimapunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya :

     Diampunkan dosanya yang lalu.
     Dipeliharakan umurnya yang tinggal.
     Terlepas dari dahaga di hari qiamat.


22. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
23. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
24. Siapa bersedekah pada bulan Rejab seperti  sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
25. Tiap hari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan rejab seperti ibadat seribu haji dan umrah. Dibina seribu mahligai, seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali, kerana keistimewaan bulun Rejab, bulan Allah.
26. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allh daripada api neraka, kerana kenuliaan bulan Rejab.
27. Allah jadikan dibelakang bukit Jabar Qaf bumi yang putih yang penuh dengan malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada umat Muhammad. Allah menjawab : Telah aku ampunkan mereka!
28. Barang siapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
29. Sesiapa berpuasa pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya : " Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tiada aku tolakan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah ArasyKu, engkau kekasihKu dari segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara engkau". ( Dari Kitab RaudhatulIfkar).
30. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa 1000 tahun. Kerana kebesaran hari Israk Mikraj.
31. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kepicikan oang mukmin pada bulan rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar didalam Syurga Firdaus.
32. Siap berbuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga) seperti dia berpuasa 3000 tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasad, 70 hajatnya didalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di mizan, 70 hajat ketika berlalu di titi Siratol mustaqim.
33. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana keagungan, kebesaran dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan kebajikanNya terhadap hamba-hambaNya yang beriman dab beramal soleh pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan sengan (bulan Allah).


Rejab bulan menabur benih
Syaaban bulan menyiram tanaman
Ramadhan bulan menuai

Rejab menyucikan badannya
Syaaban menyucikan hatinya.
Ramadhan menyucikan rohnya

Rejab bulan maghfirah ( keampunan)
Syaaban bulan Syafaat.
Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

Rejab bulan taubat
Syaaban bulan Muhibbah
Ramadhan dilimpahi amalan seperti hujan mencurah banyakknya.

Rejab diganda 70 pahala
Syaaban diganda 700 pahala
Ramadhan diganda 1000 pahala atau lebih



Artikel ini disediakan
Oleh: Ustazah Sabariah Bt. Haji Salleh (P.P.T)
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS

Gerhana Matahari Pada Tahun 2016


gerhana matahari 2016, fenomena gerhana matahari, kejadian gerhana matahari
Pada 9 Mac 2016 iaitu pada hari Rabu, bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.

Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.

Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.

Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh. Pada 9 Mac nanti, hanya negara Indonesia sahaja yang bernasib baik dapat melihat fenomena ini. InsyaAllah saya sendiri akan ke sana untuk cuba merakam fenomena tersebut.

Bagi anda di Malaysia, anda  akan dapat melihat sebahagian besar  matahari tertutup (bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Separa.

Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010.

Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada 9 Mac 2016 ini bermula sebaik sahaja matahari terbit di ufuk timur.

Bagi penduduk di Utara Malaysia, anda akan dapat melihat matahari sudahpun kelihatan ‘hilang’ sedikit sebahagian daripada sisinya ketika matahari terbit.

Bagi penduduk ke arah Selatan Malaysia, anda akan dapat lihat matahari dalam keadaan sempurna bulat ketika ia terbit, dan berpeluang melihat Sentuhan Pertama (First Contact), iaitu saat jasad Bulan kali pertama mula kelihatan di salah satu sisi matahari, lebih kurang 5-6 minit selepas terbitnya matahari.

Kemuncak Gerhana Matahari Separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Namun, ia bergantung juga kepada kawasan dan lokasi.Selain itu peratusan matahari tertutup juga bergantung kepada lokasi. Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari akan tertutup.

Jadual dan rajah di bawah boleh digunakan sebagai panduan asas untuk waktu puncak gerhana serta peratusan matahari tertutup.

Semenanjung Malaysia:

    Kangar – 8.25 pagi (67%)
    Kuah – 8.25 pagi (67%)
    Alor Setar – 8.25 pagi (68%)
    Georgetown – 8.25 pagi (70%)
    Ipoh – 8.24 pagi (73%)
    Kuala Lumpur – 8.24 pagi (79%)
    Shah Alam – 8.24 pagi (79%)
    Putrajaya – 8.24 pagi (80%)
    Seremban – 8.24 pagi (81%)
    Melaka – 8.23 pagi (83%)
    Johor Bharu – 8.24 pagi (86%)
    Kuantan – 8.25 pagi (77%)
    Kuala Terengganu – 8.26 pagi (71%)
    Kota Bharu – 8.26 pagi (68%)


Sabah & Sarawak:

    Kuching – 8.29 pagi (87%)
    Sibu – 8.31 pagi (85%)
    Bintulu – 8.33 pagi (82%)
    Miri – 8.36 pagi (78%)
    Kota Kinabalu – 8.40 pagi (73%)
    Sandakan – 8.42 pagi (75%)
    Tawau – 8.41 pagi (81%)


gerhana matahari 2016, fenomena gerhana matahari, kejadian gerhana matahari

AMARAN! JANGAN SEKALI-KALI MELIHAT MATAHARI, SAMA ADA MENGGUNAKAN MATA MAHUPUN PERALATAN ASTRONOMI, TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG PENAPIS KHAS MATAHARI. IA BOLEH MENGAKIBATKAN MATA ANDA BUTA!

Solat Gerhana

Hukumnya adalah Sunat Muakkad.

Cara mengerjakan solat sunat gerhana matahari:

gerhana matahari 2016, fenomena gerhana matahari, kejadian gerhana matahari
Sumber artikel: klik sini