BISNES SHOPEE

Kemaskini BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 secara online


Kemaskini BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 secara online.

Penerima BRIM sedia ada tidak perlu lagi untuk mendaftar sebagai pemohon baru namun wajib untuk kemaskini permohonan BRIM menerusi e-BRIM.

Kegagalan pemohon untuk kemaskini permohonan BR1M akan menyebabkan
pemohon gagal untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia. Seperti yang
telah dibentangkan dalam bajet 2016, penerima BRIM yang tersenarai dalam
 program e-Kasih dan berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima
bantuan BR1M sebanyak RM1,050.

Manakala isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan
menerima RM1000. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga
RM4,000, pemberian BR1M adalah RM800. Manakala BR1M bagi individu bujang
 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan akan
menerima RM400. Berikut adalah panduan atau cara kemaskini borang
permohonan BR1M 2016.

Kemaskini BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 Online

    https://ebr1m.hasil.gov.my/
    http://www.hasil.gov.my/
    http://www.treasury.gov.my/

Pengumuman Terkini: 

Kemaskini BRIM 2016 boleh dilakukan secara online mulai 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015. Penerima BR1M sedia ada  tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
Pemohon sedia ada yang gagal mengemaskini BRIM 2016 akan menyebabkan permohonan gagal diproses.

Semakan Keputusan BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0

Semakan status pembayaran BR1M 2016 boleh disemak secara online menerusi  applikasi semakan e-BRIM mulai Januari 2016 atau mengunjungi Pejabat  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.


Jadual Pembayaran BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0

Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050

    Ansuran pertama: RM350 pada Januari 2016
    Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
    Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016


Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000

    Ansuran pertama: RM300 pada Januari 2016
    Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
    Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016

Kategori Pendapatan Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800

    Ansuran pertama: RM250 pada Januari 2016
    Ansuran kedua: RM250 pada Mei 2016
    Ansuran Ketiga:RM 300 pada September 2016

Kategori BR1M Individu Bujang: RM400

    RM400 pada Januari 2016

Tempoh Kemaskini BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia

5 Disember 2015 hingga 31 Disember 2015

No comments:

Post a Comment