BISNES SHOPEE

Keputusan UPSR 2015 Akan diumumkan pada 17 Nov. 2015


keputusan upsr 2015, peperiksaan upsr 2015, upsr 2015 akan diumumkan, semak keputusan upsr, sms upsr 2015
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikeluarkan pada Selasa ini.
Memetik kenyataannya pada hari ini, calon-calon boleh mengetahui keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari tersebut.

Mereka juga boleh menyemak keputusan UPSR menerusi mySMS 15888.

Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi, 17 November ini dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, pada 23 November.
Seramai 455,929 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,134 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Peperiksaan UPSR berlangsung pada 8 hingga 10 September lalu. BERNAMA

No comments:

Post a Comment