BISNES SHOPEE

Puasa Sunat Pada 9 dan 10 Muharram

Puasa Sunat Di Bulan Muharram

puasa sunat hari asyura, puasa sunat hari tasua, Puasa Sunat Pada 9 dan 10 Muharram, niat puasa sunat asyura, niat puasa sunat tasua

1. Puasa Sunat Pada 9 Muharram ( Hari Tasu'a )
Niat puasa hari kesembilan Muharam (Hari Tasu’a)  ialah:

Puasa Sunat Pada 9 dan 10 Muharram


2. Puasa Sunat Pada hari ke-10 Muharram (Hari Asyura) 
Niat puasanya ialah:


Puasa Sunat Pada 9 dan 10 Muharram, puasa sunat hari asyura, puasa sunat hari tasua


Fadhilat Puasa Muharram

Kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:

1.  Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.”  (Hadis Riwayat Imam Muslim)

2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas)

3.  Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).

4.  Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)

5.  Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.”  (Riwayat Imam Muslim) 


Sumber artikel : Klik sini 

No comments:

Post a Comment