Rukun Solat Ada 13 iaitu:
1. Niat Dalam Hati
Makna
Al-Niyyah bermaksud dari segi bahasa bermaksud kehendak (Al-Qasad),
manakala dari segi syarak bermaksud berkehendak untuk melakukan sesuatu
yang disertai dengan perbuatan. Pensyariatan niat adalah berdasarkan daripada firman Allah Taala dalam surah Al-Bayyinah (98), ayat 5:
“Lafaz yang disebut mulut itu bukanlah niat. Niat ialah lintasan hati tentang apa-apa yang diniatkan”.
Niat
berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratulihram iaitu ia mengatakan
“Allahu Akbar” maka hatinya berkata seperti berikut,
Solat Subuh:Solat Zuhur:
Solat Asar:
Solat Maghrib:
Solat Isyak:
3. Berdiri Tegak Bagi Orang Yang Berkuasa
Sekiranya
uzur, boleh solat dalam keadaan duduk, baring mengiring sebelah
kanan,kiri,menelentang atau sekadar yang ia boleh melakukannya.
Antara Keuzuran Yang Membolehkan Seorang Itu Bersolat Tanpa Berdiri
- Seseorang yang takut akan pening kepalanya boleh mengganggu kekhusyukan solat.
- Seseorang yang takut sampannya akan tenggelam jika dia bersolat berdiri di atas sampan.
- Seseorang yang menghidap penyakit salas al-baul (penyakit kencing tak lawas) di mana jika dia bersembahyang berdiri air kencingnya akan mengalir.
- Seseorang yang diberitahu oleh doktor yang boleh dipercayai bahawa tanpa solat berdiri penyakitnya akan cepat sembuh.
- Seseorang yang jika dia bersembahyang berdiri akan diketahui kedudukannya oleh musuh dalam peperangan.
Maka
orang yang tersebut di atas diharuskan meninggalkan perbuatan berdiri di
dalam sembahyang disebabkan keuzuran-keuzuran tersebut dan tidak perlu
mereka mengulangi sembahyang apabila keuzuran mereka sudah hilang
kecuali bagi orang yang dalam peperangan kerana perkara sedemikian
jarang berlaku.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Imran Bin Hushain R.A berkata:
Maksudnya: “Dulu aku pernah terkena penyakit buasir, lalu aku bertanya kepada Nabi S.A.W mengenai solat. Lalu baginda bersabda: “Bersolatlah berdiri. Jika engkau tidak mampu maka bersolatlah duduk. Jika engkau tidak mampu maka bersolatlah di atas lambung (mengiring).”
(Riwayat al-Bukhari, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Orang
yang mampu untuk berdiri, tetapi dia tidak mampu untuk melakukan rukuk
dan sujud, maka hendaklah dia membongkokkan badannya sekadar ia mampu.
Jika dia
tidak mampu untuk membongkokkan badanya, maka hendaklah dia
mengisyaratkan dengan menggunakan leher dan kepala. Jika dia tidak mampu
juga, hendaklah dia mengisyaratkan dengan menggunakan kelopak mata.
2. Takbiratulihram
Takbiratulihram ialah melafazkan kalimah “Allahuakbar”
yang merupakan salah satu daripada rukun sembahyang berdasarkan hadis
yang diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib R.A daripada Rasulullah S.A.W
bersabda yang bermaksud:
“Kunci sembahyang itu ialah suci ( daripada hadas kecil dan besar), pengharamannya (daripada perkara-perkara yang harus seperti makan dan minum) ialah ucapan takbir dan penghalalannya (melakukan perkara-perkara harus seperti makan dan minum) ialah ucapan salam)”
(Riwayat at-Tarmizi, Ibnu majah, Ahmad dal al-Darimi)
Syarat – Syarat Takbiratul Ihram
- Ketika melafazkan Takbiratul Ihram hendaklah dalam keadaan tetap berdiri bukannya ketika baru hendak berdiri menunaikan solat.
- Menghadap kiblat ketika melafazkannya.
- Dilafazkan di dalam bahasa Arab. Jika tidak mampu hendaklah dilafazkan dalam bahasa yang mempunyai makna yang sama dengan takbiratul ihram. Tetapi, seseorang itu wajib belajar melafazkannya dalam bahasa Arab.
- Mendengar kesemua huruf yang dilafazkan.
- Ketika melafazkan takbiratul ihram, perlulah disertai dengan niat solat.
4. Membaca Al-Fatihah
Membaca al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat dan Bismillah ialah satu daripada ayat al-Fatihah. Perlu diingat bahawa adalah wajib memelihara segala makhraj dan tajwid al-Fatihah itu.Syarat sah bacaan Al-Fatihah
- Bacaan itu didengarinya dengan jelas jika dia mempunyai pendengaran yang baik
- Membaca mengikut tertib ayat serta jelas sebutan huruf dan bacaan yang bersabdu.
- Menyebut sebutan kalimah dalam surah itu dengan betul sama dengan maknanya, jika tidak solatnya dianggap tidak sah.
- Bacaan surah Al-Fatihah dalam solat hendaklah dilafazkan dalam bahasa Arab.
- Hendaklah emnyempurnakan bacaan Al-Fatihah ketika berada dalam keadaan berdiri dan tidak boleh disambung dalam keadaan rukuk.
5. Rukuk Serta Tamakninah
Sekurang-kurangnya
rukuk ialah membongkok sampai dua tangannya dapat diletakkan di dua
kepala lututnya serta tamakninah. Iaitu berhenti sebentar sekadar bacaan
“ Subhanallah” sedang angota-anggota berat hendaklah berhenti.
Angota-angota
berat itu ialah kedua-dua belah tangan (termasuk pergelangan tangan)
kepala, kaki dan badan. Sekiranya anggota-anggota ini masih bergerak
semasa rukuk (tanpa berhenti) maka tidak lagi dikira sebagai tamakninah.
Bacaan ketika rukuk ialah:
Maksudnya : Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat Kepujian-Nya.
Syarat-syarat Rukuk:
- Rukuk dengan kadar yang betul iaitu tapak tangan sampai ke lutut.
- Tidak berniat untuk mengelak daripada sesuatu ketika membongkok untuk rukuk.
- Sentiasa berada dalam keadaan tetap dan tenang serta melafazkan tasbih rukuk sahaja ketika melakukannya.
Orang
yang solat duduk, sekurang-kurang rukuknya ialah dahinya bertentangan
dengan dua lutut kakinya. Rukuknya yang sempurna ialah dahinya hendaklah
bertentangan dengan tempat sujudnya. Jika seseorang itu mampu melakukan
sujud sahaja, tetapi dia tidak mampu melakukan sujud, maka hendaklah
dia mengulangi rukuk ganti bagi sujud.
Orang
yang mampu melakukan lebih dari rukuk yang sempurna, maka wajib dia
melakukannya kerana perbezaan antara rukuk dan sujud adalah wajib bagi
orang yang mampu.
Jika
seseorang itu tidak mampu juga melakukan sekurang-kurangnya rukuk
tersebut, maka hendaklah dia mengisyaratkan rukuk dan sujud dengan cara
menundukkan kepala dan diwajibkan melebihkan tunduk bagi sujud daripada
tunduk dari rukuk.
Jika dia
tidak mampu untuk menundukkan kepala, maka hendaklah dia mengisyaratkan
rukuk dan sujud dengan menggunakan kelopak mata tanapa perlua ada
perbezaan antara rukuk dan sujud. Jika itu pun dia tidak mampu, maka
hendaklah dia menggambarkan perbuatan-perbuatan solat di dalam hati
sahaja.
6. Iktidal
Ertinya
berdiri tegak sunnah semula selepas rukuk dan tamakninah (berhenti
sekejap semasa berdiri). Oleh itu, apabila iktidal hendaklah semua
anggota berat berhenti sebentar. Bacaan semasa iktidal ialah:
Syarat-syarat Iktidal:
- Berada dalam keadaan berhenti sebentar untuk mengucapkan tasbih iktidal.
- Tidak berada dalam keadaan qasad (tujuan) selain ibadat ketika bangun dari rukuk.
- Tidak terlalu lama berdiri ketika iktidal.
7. Sujud
Sujud
dari segi syarak, sentuhan dahi seseorang ketika bersolat di tempat
sujud. Sekurang-kurangnya sujud meletakkan dahi di atas tempat sujud dan
dahi mestilah tidak berlapik dengan sesuatu.
Tetapi sekiranya dahi terpaksa dibalut kerana luka dan sebagainya maka tidaklah wajib membukanya. Begitu juga seumpamanya dahi berlapikkan songkok dengan sengaja tanpa sebab, maka solat itu dikira tidak sah.
Tujuh Anggota sujud iaitu:- Dahi
- Dua tapak tangan
- Dua lutut
- Dua perut jari kaki
8. Duduk Antara Dua Sujud
Duduk
antara dua sujud adalah perlakuan yang memisahkan antara dua kali sujud.
Tidak sesuai untuk terus berdiri sebelum sujud semula, maka keadaan
duduk adalah logik. Adalah sunat untuk duduk iftirasy (iaitu duduk di
atas tapak kaki kiri serta menegakkan (atau berdirikan) tapak kaki
kanan. Sunat juga meletakkan dua tangan berhampiran lutut serta
menjarakkan setiap jari tetapi tidak mengapa untuk meletakkan jari di
atas lutut.
Perlakuan
duduk antara dua sujud ini menjadi makruh jika terlalu lama kerana ia
memisahkan perlakuan kedua-dua sujud. Walau bagaimanapun, tama’ninah
turut disertakan bagi rukun ini.
9. Duduk tahiyat akhir
Duduk ketika membaca tahiyat akhir adalah jelas bahawa tahiyat akhir hendaklah dibaca ketika keadaan duduk, bukan berdiri. Disunatkan duduk secara tawaruk iaitu duduk dengan menghulurkan kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke lantai. Keadaan ini berterusan ketika membaca selawat dan salam.10. Membaca tahiyat akhir
Rukun
ini dinamakan tahiyyat (penghormatan) atau tasyahud (penyaksian) kerana
bacaan yang dilafazkan terdiri daripada keduanya. Berikut adalah bacaan
bersama bahagian tahiyat.
11. Selawat ke atas nabi dalam bacaan tahiyat akhir
Bacaan tahiyat akhir hendaklah disambung dengan bacaan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
12. Salam
Ucapan atau lafaz salam adalah sebahagian daripada rukun solat.
Adalah
disunatkan untuk memberi salam sebanyak dua kali dan sunat juga untuk
menoleh ke kanan dahulu bagi salam yang pertama dan ke kiri bagi salam
yang kedua. Turut disunatkan juga kedua-dua salam itu tidak disekalikan
iaitu ada pengasingan antara kedua-duanya.
13. Tertib
Tertib
adalah rukun yang merangkumi keseluruhan rukun solat iaitu memastikan
segala perlakuan rukun berada pada turutan yang betul satu demi satu dan
yang dahulu didahului serta yang kemudian, dilakukan kemudian.
No comments:
Post a Comment