BISNES SHOPEE



Cara Tanam Kelapa Mataq

Anak pokok kelapa mataq ni beli di pekan rabu, pekan batu 5.  Harganya RM25 sepokok. Beli 2 pokok dapat la kurang sikit iaitu RM22 sepokok.

Sediakan lokasi dimana nak tanam pokok kelapa mataq. Pastikan lokasi tanaman tidak terlindung dengan cahaya matahari. Korek lubang dengan cangkul. Agak-agak boleh tutup semua bahagian kelapa.

Masukkan baja kompos ke dalam lubang tersebut. Gaulkan baja kompos dengan tanah agak-agak sebati. Jika tak digaulkan, gumpalan baja kompos akan jadi masam dan boleh menyebabkan akar anak pokok mati.

Masukkan anak pokok kelapa mataq kedalam lubang tadi. Kambus dengan tanah keseluruhan hingga menutupi seluruh kelapa. Padatkan tanah di keliling pokok. Takut nanti ''cik baby" a.k.a kerbau pendek akan korek anak kelapa. Akhir sekali, siram anak pokok kelapa mataq dengan air. Tunggu sehingga 3 hari tahun dan taadddaaaaa.......... InsyaAllah jika cukup baja dan penjagaan yang sempurna. :)



Tag:
cara tanam kelapa mataq, cara tanam kelapa pandan wangi, cara tanam pokok kelapa mataq, jarak tanam kelapa mataq, jarak tanam kelapa pandan wangi, menanam kelapa pandan wangi, penanaman kelapa pandan di malaysia, penanaman kelapa pandan di sabah, penanaman kelapa pandan di sarawak, penanaman kelapa pandan wangi, pengalaman tanam kelapa matag, tanam kelapa matag, tanam kelapa mataq



No comments:

Post a Comment