BISNES SHOPEE



Cara Tanam Kelapa Mataq

Anak pokok kelapa mataq ni beli di pekan rabu, pekan batu 5.  Harganya RM25 sepokok. Beli 2 pokok dapat la kurang sikit iaitu RM22 sepokok.

Sediakan lokasi dimana nak tanam pokok kelapa mataq. Pastikan lokasi tanaman tidak terlindung dengan cahaya matahari. Korek lubang dengan cangkul. Agak-agak boleh tutup semua bahagian kelapa.

Masukkan baja kompos ke dalam lubang tersebut. Gaulkan baja kompos dengan tanah agak-agak sebati. Jika tak digaulkan, gumpalan baja kompos akan jadi masam dan boleh menyebabkan akar anak pokok mati.

Masukkan anak pokok kelapa mataq kedalam lubang tadi. Kambus dengan tanah keseluruhan hingga menutupi seluruh kelapa. Padatkan tanah di keliling pokok. Takut nanti ''cik baby" a.k.a kerbau pendek akan korek anak kelapa. Akhir sekali, siram anak pokok kelapa mataq dengan air. Tunggu sehingga 3 hari tahun dan taadddaaaaa.......... InsyaAllah jika cukup baja dan penjagaan yang sempurna. :)



Tag:
cara tanam kelapa mataq, cara tanam kelapa pandan wangi, cara tanam pokok kelapa mataq, jarak tanam kelapa mataq, jarak tanam kelapa pandan wangi, menanam kelapa pandan wangi, penanaman kelapa pandan di malaysia, penanaman kelapa pandan di sabah, penanaman kelapa pandan di sarawak, penanaman kelapa pandan wangi, pengalaman tanam kelapa matag, tanam kelapa matag, tanam kelapa mataq



Hikmah dan Rahsia Wudhuk yang Sempurna

anggota wudhuk, hikmah berwudhuk, kebaikkan wudhuk, rahsia ber wudhuk, wudhuk yang sempurna,


Secara zahirnya, wudhuk adalah menyucikan anggota-anggota yang terdedah dan kotor seperti habuk dan debu.

Begitu juga dengan anggota tersebut yang terdedah dengan maksiat dan dosa. Sabda Rasulullah SAW; “Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua-dua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala ketika ia membasuh kedua-dua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.”

Hadis Riwayat Imam Muslim Antara hikmah wudhuk ialah:

1- Ulama Fekah: Wudhuk sebagai usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh air wudhuk paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran yang wajar dibasuh.

2- Ulama Tasawuf: Anggota badan yang dibasuh air wudhuk memang daerah yang sering melakukan dosa. Seperti tangan yang memegang benda haram dan mata yang melihat hal yang terlarang.

Selain itu, hikmah wudhuk yang lain ialah:

1- Menghindarkan Diri Dari Kekotoran, Penyakit Dan Kemungkaran Hal yang paling penting dalam wudhuk adalah simboliknya yang memberikan rasa percaya diri sebagai seorang yang ‘bersih’ dalam menjalankan tuntutan kepada Allah SWT, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca al-Quran. Wudhuk juga bertujuan membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas, seperti solat yang membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah serta memadamkan dosa-dosa lalu.

2- Memberi Kecerdasan Minda Dan Menenangkan Jiwa Ahli kaji saraf (neurologist) juga membuktikan berwuduk yang menyejukkan hujung urat saraf jari tangan dan jari kaki membantu untuk menenangkan fikiran. Begitu juga dengan titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur, terdapat persamaan dengan anggota wudhuk dan rukunnya.

3- Membersihkan Diri Dari Dosa-dosa Kecil Dengan berwudhuk juga mampu menghapuskan dosa-dosa kecil, begitulah kasih saying Allah kepada hambanya dengan mengurniakan pelbagai cara utnuk menebuskan hambaNya dari dosa-dosa. Jadi bayangkan jika kita berwudhuk sebanyak lima kali seharisemalam? Bukankah sudah mampu menghakis dosa-dosa kecil terdahulu?

4- Menjauhkan Diri daripada Gangguan Syaitan Jika marah, berwudhuklah, sesungguhnya ia mampu memadam kemarahan itu. Ini kerana marah itu dari syaitan yang dijadikan dari api manakala wudhuk itu adalah air mustajab yang akan memadam kemarahan itu. Lalu, wudhuk yang sempurna akan memberi kekhusyukan dalam sembahyang. Sesungguhnya wudhuk yang baik membantu menjadikan solat tersebut lebih baik.

(Sumber: tazkirah.net, oleh Rabiatul Adaweeyah)


Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/sempurnakan-wudhumu-dan-rasakan-hikmahnya/

Pendaftaran Tingkatan Satu SABK Al-Hidayah

Pada 2 Januari 2017, adalah hari pendaftaran pelajar baharu ke Tingkatan 1 SABK Al Hidayah, Parit Abas, Kuala Kurau, Perak. Pendaftaran bermula pada pukul 9 AM hingga 12 AM.

pendaftaran tingkatan satu al-hidayah, asrama al-hidayah, asrama lelaki al-hidayah, masuk sekolah agama al-hidayah
Yuran peralatan seperti buku latihan, lencana sekolah, tali leher, baju dan seluar sukan serta lain-lain perlu dijelaskan pada hari pendaftaran. Selepas itu pendaftaran untuk tinggal di asrama. Yuran asrama juga perlu dijelaskan pada hari pendaftaran. Selepas selesai pendaftaran, pelajar akan diberikan buku latihan, buku teks, baju dan seluar sukan serta lain-lain lagi.

pendaftaran tingkatan satu al-hidayah, asrama al-hidayah, asrama lelaki al-hidayah, masuk sekolah agama al-hidayah




Seterusnya ibu bapa dan pelajar diberikan taklimat oleh guru-guru  SABK Al Hidayah tentang peraturan asrama, peraturan sekolah, displin pelajar dan banyak lagi. Selepas itu, pelajar dibawa ke asrama masing-masing. Majlis bersuarai lebih kurang pukul 12 tengahari.

Tag:
asrama al-hidayah, asrama lelaki al-hidayah, masuk sekolah agama al-hidayah, pendaftaran tingkatan satu al-hidayah