BISNES SHOPEE



8 Amalan Membuka Pintu Rezeki Lebih Mudah

 Amalan Membuka Pintu Rezeki Lebih Mudah, murah rezeki, rezeki murah, jemput rezeki, rahsia rezeki, panduan rezeki, teknik rezeki, membuka pintu rezeki

Mencari rezeki, InshaaAllah tidaklah susah. Dengan melakukan perkara-perkara yang dituntut agama, Allah swt menjanjikan pelbagai rezeki kepada kita.Siang malam, pagi petang mungkin kita telah berusaha sedaya upaya bekerja, tetapi untuk membuka pintu rezeki dengan lebih luas lagi, tidak memerlukan usaha yang terlalu keras.

Lakukan 8 perkara mudah di bawah untuk membuka pintu rezeki :

1. Jangan derhaka pada ibu dan bapa. Selalu doakan dan gembirakan mereka.

2. Jangan bergaduh bersama saudara mara. Malah, eratkan silaturahim sesama keluarga.

3. Tunaikan haji apabila mampu. Walaupun duit akan keluar, rezeki akan masuk.

4. Jadikan tabiat menunaikan Solat Sunat Dhuha. Terbaiknya ketika matahari sedang naik selepas Syuruk.

5. Mulakan usaha dan kerja selepas solat Subuh. Jangan pula sambung tidur.

6. Amalkan surah Al Waqiah. Sabda Rasulullah SAW, ia adalah surah kekayaan yang perlu dibaca dan diajar kepada anak-anak.

7. Rezeki datang bila berkahwin. Jangan dilewat-lewatkan mendirikan rumah tangga.

8. … Dan apabila mendirikan rumah tangga, anak-anak juga akan membuka pelbagai pintu rezeki untuk keluarga!


Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya

~ Surah At-Talaq ayat 2-3


 Amalan Membuka Pintu Rezeki Lebih Mudah, murah rezeki, rezeki murah, jemput rezeki, rahsia rezeki, panduan rezeki, teknik rezeki, membuka pintu rezeki

No comments:

Post a Comment