Baru lepas makan bubur asyura. Memang sedap bubur asyura ni. Macam-macam bahan yg dicampurkan dalam bubur asyura, ada kacang, ubi, sayur, daging, jagung, nasi dan pelbagai lagi.
Selain bubur asyura, apa lagi yang anda tahu tentang hari asyura?
Berikut Ialah Peristiwa Yang Berlaku Pada Hari Asyura Yang Menunjukkan Kemuliaan Para-Para Nabi:
1. Nabi Adam (a.s):
• Dimasukkan kedalam syurga.
• Diterima taubat kesilapannya.
2. Nabi Ibrahim (a.s):
• Dilahirkan pada hari ini.
• Diselamatkan daripada kepanasan api apabila dicampakkan ke dalam api.
3. Nabi Musa (a.s):
• Selamat daripada tenggelam didasar lautan.
• Binasanya musuh Nabi Musa, Fira’un Laknatullah.
4. Nabi Isa (a.s):
• Dilahirkan pada hari ini.
• Diangkatkan ke langit.
5. Nabi Idris (a.s):
• Diangkatkan ke tempat yang tinggi (langit).
6. Nabi Nuh (a.s):
• Berlabuh bahteranya diatas bukit Judiy.
7. Nabi Sulaiman (a.s):
• Dikembalikan semula kepadanya akan kerajaannya yang besar.
8. Nabi Yunus (a.s):
• Dikeluarkan dari perut ikan nun.
9. Nabi Ya’kob (a.s):
• Dihilangkan daripadanya kesedihan dan dukacitanya.
10. Nabi Yusuf (a.s):
• Dikeluarkan daripada dasar telaga.
11. Nabi Ayub (a.s):
• Disembuhkan daripada penyakitnya.
Peristiwa Besar Lain Yang Berlaku Pada Hari Asyura:
1. Dijadikan Arasy.
2. Dijadikan Kursi.
3. Dijadikan tujuh petala langit.
4. Dijadikan tujuh petala bumi.
5. Dijadikan matahari.
6. Dijadikan bulan.
7. Diturunkan hujan yang pertama dari langit.
Semoga pemahaman ini akan mendekatkan kita kepada ALLAH. Semoga bulan Muharram ini kita akan berubah menjadi lebih baik DisisiNya. Amin
Sumber artikel: klik sini
No comments:
Post a Comment