Selamat Menyambut Maulidul Rasul 2015
Selamat menyambut Maulidul Rasul pada 24 Disember 2015 bersamaan 12 Rabiulawal 1437H. Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad S.A.W
Panduan Selawat
Renungan untuk Diri Sendiri
RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI
KENAPA KITA DIUJI?"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan solat serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan jua dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil, orang-orang yang demikian sifatnya, dan mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa."
-Surah al-Baqarah ayat 177
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah al-Baqarah ayat 216
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.”
- Surah Ali-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Ali-Imran ayat 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”-Surah al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…"
-Surah at-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
-Surah at-Taubah ayat 129
ARGHHH.. AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
“… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 87
UWAAA... TOLONGLAH TENANGKAN HATIKU!!!
"Kami tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi Kami ada sebuah kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya."
- Surah al-Mukminun ayat 62
APA PUNYA MUSIBAH YANG KAU TIMPAKAN INI??
"Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperolehi kecuali oleh orang yang mukmin. Apabila dia mendapat kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya."
- Imam Muslim
sumber artikel : klik sini
Kemaskini BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 secara online
Kemaskini BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 secara online.
Penerima BRIM sedia ada tidak perlu lagi untuk mendaftar sebagai pemohon baru namun wajib untuk kemaskini permohonan BRIM menerusi e-BRIM.
Kegagalan pemohon untuk kemaskini permohonan BR1M akan menyebabkan
pemohon gagal untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia. Seperti yang
telah dibentangkan dalam bajet 2016, penerima BRIM yang tersenarai dalam
program e-Kasih dan berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima
bantuan BR1M sebanyak RM1,050.
Manakala isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan
menerima RM1000. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga
RM4,000, pemberian BR1M adalah RM800. Manakala BR1M bagi individu bujang
21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan akan
menerima RM400. Berikut adalah panduan atau cara kemaskini borang
permohonan BR1M 2016.
Kemaskini BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 Online
https://ebr1m.hasil.gov.my/
http://www.hasil.gov.my/
http://www.treasury.gov.my/
Pengumuman Terkini:
Kemaskini BRIM 2016 boleh dilakukan secara online mulai 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
Pemohon sedia ada yang gagal mengemaskini BRIM 2016 akan menyebabkan permohonan gagal diproses.
Semakan Keputusan BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0
Semakan status pembayaran BR1M 2016 boleh disemak secara online menerusi applikasi semakan e-BRIM mulai Januari 2016 atau mengunjungi Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.
Jadual Pembayaran BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0
Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
Ansuran pertama: RM350 pada Januari 2016
Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016
Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
Ansuran pertama: RM300 pada Januari 2016
Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016
Kategori Pendapatan Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
Ansuran pertama: RM250 pada Januari 2016
Ansuran kedua: RM250 pada Mei 2016
Ansuran Ketiga:RM 300 pada September 2016
Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
RM400 pada Januari 2016
Tempoh Kemaskini BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia
5 Disember 2015 hingga 31 Disember 2015

Subscribe to:
Posts (Atom)